Saturday 3 December 2011

Unsur-Unsur Seni~

Unsur seni merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya seni visual. Pemahaman secara teori dan praktikal yang baik dapat mempengaruhi penghasilan dan pemahaman terhadap karya seni visual. Unsur seni terbahagi kepada 5 bahagian iaitu 

  1. Garisan
  2. Jalinan
  3. Rupa
  4. Bentuk
  5. Warna
GARISAN

Merupakan sambungan antara titik-titik dan merentasi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Garisan juga dapat dihasilkan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan. Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan. Garisan terdiri daripada pelabgai jenis sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti garisan. perbezaan ilusi yang terhasil daripada sifat, jenis dan kuantiti garisan dapat memberi berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan ekspresi dan emosi.

Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta. Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza dalam penghasilan karya. Antaranya ialah :
  • lembut
  • kasar
  • berserabut
  • berduri
  • tegas
  • berbulu
  • licin
  • menggerutu
garisan berbulu

JENIS GARISAN
  • garisan melintang
  • garisan menegak
  • garisan nipis
  • garisan titik
  • garisan berputar
  • garisan melengkung
  • garisan berpancar
  • garisan zig-zag
jenis-jenis garisan

Kualiti garisan ialah mutu garisan yang merujuk pada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam menghasilkan sesuatu imej. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan pelbagai karakter. Contohnya, ilusi pergerakan pada ilustrasi karakter komik. Garisan bagi ruang paling hadapan sesuatu benda yang dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Ia bertujuan untuk menimbulkan ruang visual pada benda tersebut.

JALINAN

Ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia. Ia dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan. Ia juga terdapat pada objek buatan manusia dan objek semulajadi. Setiap jalinan mempunyai fungsi tertentu. Penghasilan jalinan pada karya dapat menyampaikan mesej tertentu. Jalinan terbahagi kepada dua :
  1. Jalinan Tampak
  2. Jalinan Sentuh
JALINAN TAMPAK
  • Wujud dalam bentuk dua dimensi. Contoh : papan iklan.
  • Ianya dapat dilihat tetapu tidak dapat disentuh dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria sentuhan.
  • Contoh jalinan pada benda buatan manusia : gambar poster pada majalah.
  • Contoh jalinan pada benda semula jadi : Kulit tembikai.
lukisan

batik

JALINAN SENTUH
  • keadaan sesuatu permukaan yang dapat dikesan menggunakan deria sentuhan. Contoh : kesan kasar, berbulu dan berduri. 
  • jalinan sentuh pada benda buatan manusia : jalinan pada bakul anyaman rotan.
  • jalinan sentuh pada benda semula jadi : kulit pokok.
  • jalinan sentuh pada karya : teknik Impasto.
anyaman
PENGHASILAN KARYA MENGGUNAKAN BEBERAPA JENIS JALINAN
  1. Jalinan sebenar - digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asal pada benda yang ditiru.
  2. Jalinan tiruan - jalinan yang ditiru oleh manusia. Contoh : jalinan pokok pada karya dan teknik simen ferro.
  3. Jalinan abstrak - jalinan dipermudakan megikut fungsi karya.
  4. Jalinan rekaan - jalinan khayalan manusia yang dipermudahkan daripada jalinan sedia ada.
RUPA

Ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. Rupa bersifat rata dan bersifat dua dimensi, tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Rupa terbahagi kepada dua :
  1. rupa geometri
  2. rupa organik
RUPA GEOMETRI
RUPA ORGANIK
BENTUK

lanjutan daripada pemahaman rupa. Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai lebih dari satu permukaan. Terbahagi kepada 2 :
  1. bentuk 2 dimensi
  2. bentuk 3 dimensi
  3. bentuk pelbagai dimensi
2 Dimensi
3 Dimensi


WARNA

unsur visual yang memainkan peranan yang penting. ia dapat membezakan antara sesuatu benda. Warna mempunyai beberapa kriteria penting iaitu jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna.

JENIS-JENIS WARNA
  1. warna asas : warna utama. Terdiri dari kuning, merah dan biru.
  2. warna sekunder : campuran dua warna primier.
  3. warna tertier : campuran warna asas dan warna sekunder.


sumber : Google dan Buku Ace Ahead, terbitan Oxford Fajar Bakti

Apa itu Seni?


 

 Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni juga memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan  pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat tertentu. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
 


HORNBY, 1974 : 43

  • Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan atau ekpresi akan dianggap sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual.
MARTIN, 1986 : 12
  • Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran atau pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata.
HAUSER 1959
  • Seni adalah komunikasi.
HERBERT READ
  • Seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan.



* rujukan : Pendekatan Sejarah dan Kritikan Seni Visual. ( UiTM Shah Alam )