Thursday 5 January 2012

5 jenis kreativiti~



Taylor juga menyarankan 5 jenis kreativiti bagi menunjukkan perbezaan daripada segi proses iaitu kreatif ekspresif, kreativiti inventif, kreativi inovatif, dan juga kreativiti emegenitif.

KREATIVITI EKSPRESIF
berlaku secara bebas yang mana keaslian dan kualiti tidak dipentingkan. Contohnya aktiviti meniup warna di atas kertas lukisan dengan menggunakan straw.


KREATIVITI TEKNIKAL
kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk. Contohnya pembuatan biola.



KREATIVITI INVENTIF
kreativiti dalam mereka cipta baru. Contohnya ciptaan telefon bimbit dan penulisan novel.



KREATIVITI INOVATIF
kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif. Sebagai contoh, reka cipta kad pintar yang mempunyai pelbagai maklumat daripada kad elektronik biasa.



KREATIVITI EMERGENATIF
kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip ataupun andaian paling asas dan di peringkat abstrak. Misalnya kreativiti yang terdapat pada Einstein, Freud dan Picasso.










*thanks google for that picture. copyright from book and blog.

Aktiviti Bentuk Binaan~

Aktiviti Bentuk Binaan

Aktiviti bentuk binaan merangkumi kraf mudah;
•Mobail

•Stabail

•Model

•Diorama

•Boneka

•Topeng

•Origami






*thanks to google images for that picture and also from my friend for this info. 


Maksud Kreativiti~

~Apabila dikaitkan dengan seni, pasti perkataan kreativiti akan wujud. 

MAKSUD KREATIVITI
Kreativiti menurut Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kebolehan mencipta dan mengembangkan idea yang baru dan asli tanpa peniruan dalam mana-mana aspek. Antara ciri-ciri kreativiti adalah fleksibel, sensitif, peka, asli dan tulen tanpa peniruan, bersifat luas, logik dan efisien serta bebas berfikir kreatif. 

TOKOH-TOKOH KREATIVITI

Antara tokoh-tokoh kreativiti adalah E.Paul Torrance, Victor Lowenfeld, Fisher (1943) dan Laura H. Chapman. Terdapat 5 tahap Perkembangan Kreativiti Fisher (1943) dalam pemikiran kreatif. 

TAHAP PERTAMA
Tahap pertama adalah peringkat Rangsangan iaitu memberi soalan kritikal atau yang boleh mendorong perasaan ingin tahu. 

TAHAP KEDUA
Tahap kedua adalah peringkat Penerokaan iaitu pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan atau pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, dan teknik. 

TAHAP KETIGA
Tahap ketiga adalah peringkat Perancangan iaitu melalui perancangan secara verbal & visual. 

TAHAP KEEMPAT
Tahap keempat adalah peringkat aktiviti iaitu lakukan tindakan berdasarkan persoalan atau bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut. 

TAHAP KELIMA
Tahap kelima adalah kajian semula  iaitu membuat penilaian atau refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.


Saturday 3 December 2011

Unsur-Unsur Seni~

Unsur seni merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya seni visual. Pemahaman secara teori dan praktikal yang baik dapat mempengaruhi penghasilan dan pemahaman terhadap karya seni visual. Unsur seni terbahagi kepada 5 bahagian iaitu 

  1. Garisan
  2. Jalinan
  3. Rupa
  4. Bentuk
  5. Warna
GARISAN

Merupakan sambungan antara titik-titik dan merentasi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Garisan juga dapat dihasilkan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan. Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan. Garisan terdiri daripada pelabgai jenis sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti garisan. perbezaan ilusi yang terhasil daripada sifat, jenis dan kuantiti garisan dapat memberi berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan ekspresi dan emosi.

Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta. Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza dalam penghasilan karya. Antaranya ialah :
  • lembut
  • kasar
  • berserabut
  • berduri
  • tegas
  • berbulu
  • licin
  • menggerutu
garisan berbulu

JENIS GARISAN
  • garisan melintang
  • garisan menegak
  • garisan nipis
  • garisan titik
  • garisan berputar
  • garisan melengkung
  • garisan berpancar
  • garisan zig-zag
jenis-jenis garisan

Kualiti garisan ialah mutu garisan yang merujuk pada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam menghasilkan sesuatu imej. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan pelbagai karakter. Contohnya, ilusi pergerakan pada ilustrasi karakter komik. Garisan bagi ruang paling hadapan sesuatu benda yang dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Ia bertujuan untuk menimbulkan ruang visual pada benda tersebut.

JALINAN

Ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia. Ia dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan. Ia juga terdapat pada objek buatan manusia dan objek semulajadi. Setiap jalinan mempunyai fungsi tertentu. Penghasilan jalinan pada karya dapat menyampaikan mesej tertentu. Jalinan terbahagi kepada dua :
  1. Jalinan Tampak
  2. Jalinan Sentuh
JALINAN TAMPAK
  • Wujud dalam bentuk dua dimensi. Contoh : papan iklan.
  • Ianya dapat dilihat tetapu tidak dapat disentuh dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria sentuhan.
  • Contoh jalinan pada benda buatan manusia : gambar poster pada majalah.
  • Contoh jalinan pada benda semula jadi : Kulit tembikai.
lukisan

batik

JALINAN SENTUH
  • keadaan sesuatu permukaan yang dapat dikesan menggunakan deria sentuhan. Contoh : kesan kasar, berbulu dan berduri. 
  • jalinan sentuh pada benda buatan manusia : jalinan pada bakul anyaman rotan.
  • jalinan sentuh pada benda semula jadi : kulit pokok.
  • jalinan sentuh pada karya : teknik Impasto.
anyaman
PENGHASILAN KARYA MENGGUNAKAN BEBERAPA JENIS JALINAN
  1. Jalinan sebenar - digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asal pada benda yang ditiru.
  2. Jalinan tiruan - jalinan yang ditiru oleh manusia. Contoh : jalinan pokok pada karya dan teknik simen ferro.
  3. Jalinan abstrak - jalinan dipermudakan megikut fungsi karya.
  4. Jalinan rekaan - jalinan khayalan manusia yang dipermudahkan daripada jalinan sedia ada.
RUPA

Ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. Rupa bersifat rata dan bersifat dua dimensi, tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Rupa terbahagi kepada dua :
  1. rupa geometri
  2. rupa organik
RUPA GEOMETRI
RUPA ORGANIK
BENTUK

lanjutan daripada pemahaman rupa. Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai lebih dari satu permukaan. Terbahagi kepada 2 :
  1. bentuk 2 dimensi
  2. bentuk 3 dimensi
  3. bentuk pelbagai dimensi
2 Dimensi
3 Dimensi


WARNA

unsur visual yang memainkan peranan yang penting. ia dapat membezakan antara sesuatu benda. Warna mempunyai beberapa kriteria penting iaitu jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna.

JENIS-JENIS WARNA
  1. warna asas : warna utama. Terdiri dari kuning, merah dan biru.
  2. warna sekunder : campuran dua warna primier.
  3. warna tertier : campuran warna asas dan warna sekunder.


sumber : Google dan Buku Ace Ahead, terbitan Oxford Fajar Bakti

Apa itu Seni?


 

 Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni juga memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan  pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat tertentu. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
 


HORNBY, 1974 : 43

  • Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan atau ekpresi akan dianggap sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual.
MARTIN, 1986 : 12
  • Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran atau pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata.
HAUSER 1959
  • Seni adalah komunikasi.
HERBERT READ
  • Seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan.



* rujukan : Pendekatan Sejarah dan Kritikan Seni Visual. ( UiTM Shah Alam )