Thursday 5 January 2012

Maksud Kreativiti~

~Apabila dikaitkan dengan seni, pasti perkataan kreativiti akan wujud. 

MAKSUD KREATIVITI
Kreativiti menurut Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kebolehan mencipta dan mengembangkan idea yang baru dan asli tanpa peniruan dalam mana-mana aspek. Antara ciri-ciri kreativiti adalah fleksibel, sensitif, peka, asli dan tulen tanpa peniruan, bersifat luas, logik dan efisien serta bebas berfikir kreatif. 

TOKOH-TOKOH KREATIVITI

Antara tokoh-tokoh kreativiti adalah E.Paul Torrance, Victor Lowenfeld, Fisher (1943) dan Laura H. Chapman. Terdapat 5 tahap Perkembangan Kreativiti Fisher (1943) dalam pemikiran kreatif. 

TAHAP PERTAMA
Tahap pertama adalah peringkat Rangsangan iaitu memberi soalan kritikal atau yang boleh mendorong perasaan ingin tahu. 

TAHAP KEDUA
Tahap kedua adalah peringkat Penerokaan iaitu pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan atau pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, dan teknik. 

TAHAP KETIGA
Tahap ketiga adalah peringkat Perancangan iaitu melalui perancangan secara verbal & visual. 

TAHAP KEEMPAT
Tahap keempat adalah peringkat aktiviti iaitu lakukan tindakan berdasarkan persoalan atau bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut. 

TAHAP KELIMA
Tahap kelima adalah kajian semula  iaitu membuat penilaian atau refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.


No comments:

Post a Comment